Wednesday, May 7, 2008

Sumbangan Sheikh Nurudin al-Raniri

Merupakan salah seorang ulama Acheh yang terkenal. Berfahaman Sunni serta menolak fahaman Wahdatul Wujud

Di Depan dan Belakang Adalah Tuhan

Sesungguhnya Tuhanmu adalah lebih dekat daripada urat lehermu

Sumbangan Kerajaan Islam Acheh kepada Tanah Melayu

Kerajaan Islam Acheh merupakan sebuah kerajaan Islam yang terletak di utara Sumatera.

Bertapaknya Islam di Tanah Melayu

Agama Islam merupakan agama rahmat untuk seluruh umat manusia. Islam telah membawa sinar cahaya iman bagi menggantikan kegelapan kejahilan

Hakikat Insan Ahmad Laksamana Mengancam Akidah Umat Islam

Mengandungi ajaran-ajaran Batiniyah yang berasal daripada golongan Syiah pelampau

Bahrul Lahut Satu Penelitian Awal

Merupakan sebuah kitab yang dikarang oleh ulama' Melayu.

Risalah Iskandar Shah Dalam Kenangan

Risalah ini di dalamnya beberapa pengajaran ingatan dan nasihat-nasihat serta bicara tauhid feqah dan tasawwuf. Risalah ini dikarang oleh Sultan Iskandar Shah Negeri Perak. Baginda merupakan sultan Perak ke-30.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Fakir mulai perkataan risalah yang kecil ini dnegan nama Allah yang amat murah di dalam dunia dan yang amat mengasihani bagi segala hambaNya yang mukmin di akhirat. Alhamdulillah Rabbil ‘Alamin Bermula puji itu tertentu bagi Allah tuhan sekalian alam wal ‘aqibatu lil muttaqin dan kebajikanm bagi akhirat itu bagi segala mereka yang takut akan Allah wassolatu wassalamu ‘ala saidina Muhammad saidul anbiya’ wal mursalin dan rahmat Allah dan selamanya atas penghulu kita nabi Muhammad wa ‘ala allihi wa sahbihi al-Thahirin dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya yang suci. Wa ba’d daripda itu wahai sekalian saudaraku laki-laki dan perempuan dengarlah perkataan fakir yang tiada sepertinya ini mudah-mudahan akan jadi kenang-kenangan saudaraku pada fakir terutama sekali masa hilang hayat fakir di belakang haridan tiada sekali niat fakir dengan bermegah-megah atau pun dengan menunjukkan kepandaian melainkan hanya fakir berserah dan berpegang semata-mata kepada tuhan kita iaitu tuhan yang tiada mati lagi yang berkuasa dan yang mengetahui daripada segenap perkaranya. Maka adalah tujuan fakir menulis risalah yang kecil ini semata-mata niat fakir ilaha kerana mengikut dan menjunjung titah dan suruhan rasul kita iaitu hendaklah ingat dan beringat-ingat kita satu sama lain baik dengan sepatah perkataan sekalipun di atas memikirkan diri kita maka menaruh harap fakir akan saudara-saudaraku sekaliannya baca dan ambil fikiran daripada perkataan ini kesemuanya fakir ambil daripada sabda nabi kita dan sahabatnya dan hukama’ maka fakir pinta tuan-tuan sudi baca risalah ini pada masa yang ada kelapangan bagi tuan-tuan. Fikirkan ya saudaraku kesudahan diri kita dan tempat yang kekal bagi kita. Janganlah dan apalah gunanya kita bermegah-megah dengan kekayaan kita pada hal melepaskan pada pihak amal kita. Apalah gunannya kita bermegah-megah dengan bangsa kita asal kita daripada tanah kejadian kita daripada benda yang cemar dan keluar kita daripada tempat yang kotor kemudian kembali kita kepada tanah apalah gunanya kita berbimbang-bimbang pada menghimpunkan harta benda dan sayang kita menafkah akan dia pada membuat ibadat akan hal apabila kita mati diambil oleh orang-orang harta itu.
Lagi apalah gunanya kita bermegah-megah kerana pakaian sutera atau lain-lainnya yang indah-indah akan hal tiada kekal bagi kita melainkan hanya secarik kain kafan dan kapas yang tertentu bagi kita dan apa gunanya bermegah-megah besar rumah dan tinggi mahligai dan luas kebuh akan hal tempat tidur kita di dalam tanah yang sempit lagi lemas serta hapak baunya lagi kelam.